Click here for Myspace Layouts

Wednesday 27 July 2011

Politik Pulak....kes Anwar?betul ke ni?


Anwar mohon temu bual saksi


2011/07/27

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan untuk menemubual lima saksi sebelum prosiding bela diri dalam perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya, dijadualkan bermula pada 8 Ogos depan.

Lima saksi itu Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku, Hasanuddin Abd Hamid, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Beliau yang ditemani isteri Datin Seri Wan Azizah Ismail dan peguam Ram Karpal memfailkan permohonan berkenaan melalui notis usul dan afidavit diikrarkannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, semalam, melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co.

Anwar memohon supaya lima saksi terbabit diwajibkan hadir di mahkamah atas kos pihak pendakwaan bagi ditemubual dengan alasan untuk menentukan sama ada mereka diperlukan untuk memberikan keterangan bagi pihak pembelaan.

Dalam afidavitnya, Anwar berkata, peguamnya S N Nair menerima surat bertarikh 18 Julai lalu daripada Bahagian Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang menyatakan Najib, Rosmah, Musa dan Rodwan tidak mahu ditemubual tetapi akan hadir di mahkamah jika disapina.

Katanya, surat itu juga menyatakan Hasanuddin pula tidak bersedia untuk ditemubual kecuali melalui peguam beliau.

Anwar berkata, selepas beliau diarahkan membela diri pada 16 Mei lalu pihak pendakwaan menawarkannya 71 saksi dan peguamnya memaklumkan mahkamah bahawa pihak pembelaan bercadang memanggil 25 saksi.
Beliau berkata, daripada jumlah itu hanya lima ditemubual setakat ini iaitu bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar; bekas doktor Pusrawi Dr Mohd Osman Abd Hamid; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti; doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof iaitu bekas pegawai khas Najib ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment