Click here for Myspace Layouts

Sunday 31 July 2011

Kecoh Sotong Menari??Memang Pelik..



HIDANGAN sotong menari di Jepun.
Video aku x download..sori to say..tgk ja pic nie..

TOKYO - Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.

Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.

Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.

Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali.

Saturday 30 July 2011

Motosikal Yang Luar Biasa?


Motosikal paling panjang di dunia

COLIN FURZE menunggang sebuah motosikal yang mengandungi 25 tempat duduk di Grantham baru-baru ini.

GRANTHAM, Britain - Seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu.

Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium.

Furze menunggang motosikal sepanjang 100 meter itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby di sini.

Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter.

Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepada Guinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia

Ashraf Hafiz Aziz/Aleesha Farhana meninggal dunia..




Mohd. Ashraf Abdul Aziz

KUALA TERENGGANU 30 Julai – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Thursday 28 July 2011

Kucing Oh Kucing..

Pulau kucing


KUCING boleh ditemui di mana-mana di pulau ini.

DI sebalik populariti Kampung Tashiro sebagai 'Pulau Kucing', kebanyakan warga pulau ini yang sudah lanjut usia mengharapkan perkara lain iaitu kedatangan warga baru.

Dihuni oleh kira-kira 100 orang yang purata usia mereka 70 tahun ke atas, komuniti Tashiro berharap kucing-kucing dapat menjadi magnet yang menarik pelancong sekali gus menambah jumlah penghuni desa.

"Kalau diperhatikan, kampung ini begitu damai. Tapi kalau berlaku bencana seperti kebakaran, tiada siapa yang boleh menolong kami.

"Saya berharap ramai anak muda akan berpindah ke sini. Di Tashiro banyak orang yang mahu mengajar mereka cara menangkap ikan," kata Yutaka Hama, 49, ketua perbadanan pelancongan Tashiro.



DI Tashiro, para nelayan sering memberi ikan kepada beribu-ribu ekor kucing yang ada.

Hama berpindah ke Tashiro beberapa tahun lalu dan kini dia mencari rezeki sebagai pengendali penginapan dan nelayan.

Isterinya, Aiko, 37, setakat ini merupakan perempuan termuda di kampung itu. Selain Aiko, kebanyakan perempuan Tashiro sudah berusia lebih 60 tahun.

Tashiro tidak didiami seekor anjing pun. Selain itu, pemandangan yang biasa dilihat di kota-kota moden Jepun tiada di sini. Tiada pasar raya atau lampu trafik.

Populasinya telah menurun 10 kali ganda sejak tahun 1960 kerana banyak warga berpindah ke bandar lain.

Namun beberapa tahun lalu, Tashiro mula terkenal sebagai Pulau Kucing. Pada masa itu, sebuah stesen televisyen membuat siaran langsung tentang Jack the Lop Ear, seekor kucing jantan berbelang hitam putih.



BANGUNAN berbentuk kepala kucing popular di sini.

Sekarang Jack adalah tarikan utama bandar itu. Gerak-gerinya yang comel berbanding kucing lain menyebabkan popularitinya memuncak.

"Saya begitu senang melihat Jack. Setelah pencen nanti, saya mahu tinggal di sini saja," tutur Shiho Amano, 18, yang menyukai kucing.

Amano datang dari Nagoya ke Tashiro untuk menyaksikan pameran foto di situ. Telefon bimbitnya penuh dengan foto kucing terkenal itu.

Jack bukan kucing pertama yang menjadi idola nasional di Jepun. Tahun lalu, seekor kucing bernama Tama diangkat sebagai 'ketua' stesen kereta api Kinokawa di wilayah Wakayama.

Sebuah topi ketua stesen turut diberikan kepadanya. Kehadiran Tama turut mengundang kedatangan pelancong ke pekan kecil itu.

Di Tashiro, para nelayan sering memberi ikan kepada beribu-ribu ekor kucing yang ada. Haiwan itu sangat mudah dilihat di pulau seluas 314 kilometer persegi yang terletak 20 kilometer dari pelabuhan Ishinomaki di utara Jepun itu.

Anjing Panas?Sosej?atau dikenali "HOTDOG"?


Hot dog paling mahal di dunia

GAMBAR menunjukkan hot dog paling mahal yang dijual
di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts sejak Sabtu lalu.

BROCKTON, Amerika Syarikat - Menu terbaharu, McMullen Dog yang dijual di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts menjadi hot dog termahal di dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berharga AS$80 (RM235.39), hot dog tersebut yang mengandungi sosej daging lembu yang dimasak dengan minyak truffle, kaviar, serbuk cendawan dan freche krim mula dijual sejak Sabtu lalu.

Roti hot dog tersebut pula dibuat menggunakan gandum yang terbaik yang dibeli dari Cape Cod, sebuah kedai roti eksklusif bersama sos dan mustard istimewa.

Menurut pengurus makanan dan minuman stadium berkenaan, Sander Stotland, walaupun harga tiket hanya AS$15 (RM44.35) dan lebih murah dari hot dog tersebut, ia tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat yang datang menyaksikan perlawanan besbol.

Menurutnya, nama McMullen Dog itu diberi sempena nama tukang masak terkenal Atlantic City, Ryan McMullen yang memberi idea mengenai hot dog tersebut.

Wednesday 27 July 2011

Budak Lelaki ada 34 Jari?


Budak lelaki ada 34 jari pecah rekod

GAMBAR menunjukkan Akshat Saxena yang mempunyai tujuh jari pada setiap tangan dan 10 jari di setiap kakinya.

NEW DELHI - Seorang budak lelaki berusia setahun di India memecahkan rekod dunia kerana dilahirkan dengan 34 jari tangan dan kaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap Guinness Book of Records berkata, Akshat Saxena memiliki tujuh jari pada setiap tangannya manakala setiap kakinya mempunyai 10 jari kaki.

Kanak-kanak berkenaan berasal dari wilayah Uttar Pradesh, utara India.

Akshat yang dilahirkan tanpa mempunyai ibu jari menyebabkan doktor kini cuba untuk menggunakan jari yang sudah dipotong bagi menggantikan ibu jari tersebut.

"Saya amat gembira melihat anak saya buat pertama kali kerana dia merupakan cahaya mata pertama kami," kata ibunya, Amrita Saxenakata.

"Saya kemudian terkejut melihat jari-jarinya yang banyak," tambah wanita itu.

Didorong oleh seorang rakan mereka, keluarga berkenaan mendaftarkan anak mereka ke dalam Guinness Book of Records menerusi Internet.

Rekod untuk kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki di China berusia enam tahun yang memiliki 15 jari tangan dan 16 jari kaki.

Kanak-kanak China itu yang namanya enggan didedahkan keluarganya turut menjalani pembedahan untuk membuang baki jarinya.

Dia kini mempunyai 10 jari tangan dan 10 jari kaki selepas menjalani pembedahan selama enam setengah jam di sebuah hospital di Shenyang, Liaoning pada Mac lalu.

Satu kajian terbaharu menunjukkan lebihan jari tangan dan kaki itu merupakan sindrom yang dikenali sebagai polydactyly yang jarang berlaku ke atas bayi.

Politik Pulak....kes Anwar?betul ke ni?


Anwar mohon temu bual saksi


2011/07/27

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan untuk menemubual lima saksi sebelum prosiding bela diri dalam perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya, dijadualkan bermula pada 8 Ogos depan.

Lima saksi itu Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku, Hasanuddin Abd Hamid, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Beliau yang ditemani isteri Datin Seri Wan Azizah Ismail dan peguam Ram Karpal memfailkan permohonan berkenaan melalui notis usul dan afidavit diikrarkannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, semalam, melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co.

Anwar memohon supaya lima saksi terbabit diwajibkan hadir di mahkamah atas kos pihak pendakwaan bagi ditemubual dengan alasan untuk menentukan sama ada mereka diperlukan untuk memberikan keterangan bagi pihak pembelaan.

Dalam afidavitnya, Anwar berkata, peguamnya S N Nair menerima surat bertarikh 18 Julai lalu daripada Bahagian Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang menyatakan Najib, Rosmah, Musa dan Rodwan tidak mahu ditemubual tetapi akan hadir di mahkamah jika disapina.

Katanya, surat itu juga menyatakan Hasanuddin pula tidak bersedia untuk ditemubual kecuali melalui peguam beliau.

Anwar berkata, selepas beliau diarahkan membela diri pada 16 Mei lalu pihak pendakwaan menawarkannya 71 saksi dan peguamnya memaklumkan mahkamah bahawa pihak pembelaan bercadang memanggil 25 saksi.
Beliau berkata, daripada jumlah itu hanya lima ditemubual setakat ini iaitu bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar; bekas doktor Pusrawi Dr Mohd Osman Abd Hamid; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti; doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof iaitu bekas pegawai khas Najib ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tuesday 26 July 2011

Tahukah Anda?



Fuhh!!dasyat betul la...mmg plik..ubi kentang sumany org mkn,tp ubi kntang ni plik..haha...nk tau lbh lnjut,bca artikel ni..

Seorang peminat filem Harry Potter berusia 49 tahun, Ronie Todd, terkejut apabila menemui ubi kentang ganjil yang menyerupai watak jahat, Lord Voldemort dalam filem tersebut. Kentang pelik itu yang berukuran empat kali ganda lebih besar daripada kentang biasa, diambil di kebun miliknya di sini, tenggara England. Selepas membasuh kentang tersebut, dia terkejut melihat tanaman tersebut mirip wajah Voldemort, seorang ahli sihir yang dilakonkan oleh aktor, Ralph Fiennes dalam filem Harry Potter.

Menurut Todd, kentang itu mempunyai sepasang mata, hidung dan mulut berkerut seperti Voldermort. "Saya tidak percaya sebaik sahaja menggalinya daripada tanah. Ia sepatutnya sebiji kentang kecil yang sesuai untuk salad dan stik tetapi kentang ini bersaiz gergasi. Ia tidak seperti yang saya lihat sebelum ini," kata Todd. "Kemudian saya melihat ia jelas mirip Voldermort. Saya pernah menonton filem Harry Potter dan tidak terfikir bahawa wajah penjahat itu akan muncul di kebun saya," tambahnya.

Sunday 24 July 2011

Anda ada Tahi Lalat?ini RAHSIA Tahi Lalat...

Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan- Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri- Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan- Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri- Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah - Tercapai cita-cita
Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri- Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan- Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri - Malas dan suka duduk
Betis kanan- Suka berhibur, boros
Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan- Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri- Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan- Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri- Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan - Cerdas dan cekap
Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya
Ketiak kanan -Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung - Banyak rezeki
Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri- Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) -Bakal beristeri dua
Tumit kanan -Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri -Baik budi
Alis kanan -Suka menolong dan baik hati
Alis kiri -Ramai yang suka
Pangkal peha kanan -Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri -Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan -Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan - Suka menolong
Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
Pipi kanan - Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
Ubun-ubun - Kurang jujur
Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan- Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri- Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan- Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah -Agak malas
Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

Friday 22 July 2011

(GAMBAR) Kekasih Hati Taukey Kumpulan Jambu




Memang betullah kata orang yang awek-awek senang jatuh cinta dengan lelaki kelakar. Tengok Salih Yaakob pun dah cukup dah buktinya. Sampai kahwin 4 tue. Kali ini, Taukey daripada kumpulan Jambu pun tak kurang hebat jugak kekasih hatinya. Memang Taukey muka legend tapi hati cute sungguh!!!

Lagi beberapa keping gambar Taukey dan kekasih hatinya dengan membaca entri ini sepenuhnya.






| Labels: Taukey Jambu

Thursday 21 July 2011

10 Kunci Kejayaan Dunia dan Akhirat

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memanggil apa yang saya tulis ini sebagai “Menerobos Sempadan Diri“. Buku motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dengan tajuk tersebut dah habis saya baca dan saya juga telah mempraktikkan beberapa tips motivasi yang diajarkan oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah bagi merangsang kecemerlangan diri saya.
Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :
1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci kemenangan adalah sabar.
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
7. Kunci solat adalah taharah.
8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10. Kunci syurga adalah tauhid.
Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!
LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>